Kalau anda penggemar buah potong seperti mangga muda, jambu batu atau kedondong, anda wajib cuba resepi colek buah ‘power’ ini. Kuahnya pekat, rasa pedas, manis, masin dan masam semua cukup!
Resipi pencicah buah ini juga sangat mudah. Campak-campak bahan saja tapi hasil dia memang luar biasa. Cukup sekadar lima bahan asas seperti gula melaka, belacan, kicap dan cili padi, anda dah boleh hasilkan sos pencicah homemade yang rasanya padu.
RESEPI COLEK BUAH
Bahan-bahan:
- Gula melaka (dihancurkan)
- Kicap manis
- Belacan (sedikit, bakar jika suka)
- Cili padi (ikut tahap kepedasan)
- Gula pasir (sedikit, untuk seimbangkan rasa)
Cara-cara:
- Satukan bahan-bahan utama seperti gula melaka yang telah dihancurkan, kicap manis, belacan dan cili padi yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam sebuah mangkuk yang cukup besar.
- Gunakan sudu atau garfu untuk kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan gula Melaka larut sepenuhnya. Pastikan tiada ketulan gula atau belacan yang tidak hancur supaya sos pencicah rasa sekata dan pekat.
- Setelah sebati, taburkan sedikit gula pasir jika anda mahu rasa pencicah lebih seimbang rasa pedas, manis dan masin. Kacau sekali lagi agar gula pasir larut dengan sempurna.
- Jika anda sukakan sos pencicah yang lebih pekat dan pekat, boleh kurangkan jumlah kicap atau cili padi. Sebaliknya, jika mahu sos yang lebih cair dan ringan, tambah sedikit air suam secara perlahan sambil dikacau sehingga capai konsistensi yang anda suka.
- Sos pencicah siap dihidang dan sesuai dimakan bersama buah potong segar seperti mangga muda, jambu batu atau kedondong.
Sumber: Nfk Prima Farm
0 Ulasan