Ustazah Asma - Halalkah Makanan Yang Masuk Dalam Perut Kita ?

Jaga perut elak makanan haram, syubhah

 


 

SETIAP apa juga kejadian yang dicipta Allah SWT terutama kepada manusia mempunyai faedah dan tujuan tertentu. Ketahuilah Allah SWT menjadikan perut untuk beberapa kebaikan di dunia dan akhirat.

Antara kebaikan zahir dapat kita fahami dengan mudah adalah merasa kelazatan makanan dan minuman serta kepuasan ketika melakukan hubungan suami isteri atau jimak.

Mensyukuri nikmat perut ialah dengan menjaga daripada memakan makanan haram serta syubhah. Daripada Saidina Abdullah Mas'ud berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sifat malu kepada Allah yang sebenarnya adalah engkau menjaga kepalamu dan setiap yang ada di sekitarnya dan engkau menjaga perutmu serta apa yang ada di dalamnya." (Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Apa dimaksudkan dengan 'menjaga kepala dan setiap apa yang ada di sekitarnya' adalah menjaga pendengaran, penglihatan dan lisan daripada perkara yang haram. Apa dimaksudkan 'menjaga perut dan segala apa yang ada di dalamnya' termasuk menjaga hati daripada perkara yang haram. (Jami'al-Ulum wa al-Hikam

Selain itu, Imam Ibnu Ruslan dalam kitabnya Az-Zubad menukilkan yang bermaksud: "Ketaatan daripada seseorang yang makanannya haram adalah seperti sebuah rumah yang didirikan di atas ombak." Seorang lagi ulama terkenal iaitu Sayyid Ahmad Idris berkata: "Sesiapa sentiasa berhati-hati dalam bersuci dan menjauhkan diri daripada najis, tetapi dia makan yang haram maka waraknya sama seperti warak seekor anjing yang makan najis dan sesuatu yang kotor, tetapi ketika kencing, ia mengangkat kakinya supaya tidak terkena kencingnya." (Al-Manhaj as-Sawi)

Kita sememangnya perlu menjaga perut daripada makanan yang syubhah serta haram kerana perbuatan itu akan menjadi halangan tatkala kita berusaha menuju kepada reda Allah SWT. 

Kita hendaklah bersungguh-sungguh menjaga perut daripada yang haram dan syubhah kerana tiga faktor iaitu:

1. Kita perlu takut azab api neraka kerana perbuatan itu bukan saja mendapat kemurkaan Allah SWT, malah menjadi sebab kita akan dihumban ke dalamnya. Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala." (Surah An-Nisa, ayat 10).

2. Tidak mendapat pedoman yang benar dalam melakukan ibadat. Ini juga sebab mengapa setiap ibadah dilakukan tidak merasa nikmat, malah terasa lebih berat untuk melakukannya.

3. Ibadat tidak diterima atau tidak dimakbulkan. Orang yang makan makanan haram dan syubhah ditegah mengerjakan kebajikan. Jika dikerjakan juga, maka ia tidak diterima. Rasulullah SAW bersabda: "Berapa ramai orang yang bangun malam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya itu melainkan hanya berjaga malam dan berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya selain lapar dan dahaga." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

 


 

[Mencari Yang Halal Adalah Satu Kewajipan] ✊
 
Sabda Rasulullah s.a.w : “Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”. (HR Ibnu Abdil-Barr). Perkara berkaitan makanan dan minuman sering dibahas oleh para ulama' dan ahli mufti mahupun pakar makanan/minuman kerana ia penting bagi penghasilan tenaga dan demi kesihatan tubuh badan dalam menjalani kehidupan seharian. Namun, Islam amat menitik beratkan soal mencari yang halal, kerana ia berkait rapat dengan hati.
.
Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larangan Allah itu adalah segala yang diharamkan. Ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.” (HR Bukhari & Muslim)
.
Allah SWT menjelaskan perkara tersebut di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168 yang bermaksud “Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”.
.
Kempen yang giat dilaksanakan sekarang ini iaitu kempen "Buy Muslim First (BMF) #BMF tidaklah bermaksud memboikot barangan Non-Muslim, namun di atas kesedaran bagi memperkukuhkan lagi ekonomi umat Islam di Malaysia.
.
.

 

 

 

 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)