Ini Cara Betul Simpan Tepung Supaya Tak Masuk Bubuk, Tahan Lama & Tak Rosak!

 Tepung memang antara bahan asas yang wajib ada di dapur. Tapi kalau tak tahu cara simpan tepung dengan betul, mudah sangat ia jadi lembap, berbau hapak atau lebih teruk masuk bubuk! Sayang nak buang, tapi kalau dah rosak memang tak selamat nak guna.

Sebenarnya, ada beberapa langkah mudah yang boleh kita amalkan supaya tepung tahan lebih lama, bebas serangga dan tetap elok walaupun disimpan berbulan-bulan. Tak perlu pun simpan dalam peti sejuk, cukup jika tahu teknik penyimpanan yang betul di dapur biasa.

Jom kami kongsikan tip dan cara yang boleh bantu anda elak pembaziran dan jimat kos dapur juga!


CARA SIMPAN TEPUNG AGAR TAK MASUK BUBUK

cara simpan tepung

1. Sangai Tepung Sekejap (Jika Perlu)

Untuk tepung yang dibeli dalam kuantiti banyak, sangai (goreng tanpa minyak) sebentar atas api kecil. Ini bantu kurangkan kelembapan dan matikan telur serangga kecil yang mungkin ada dalam tepung.

Tak perlu sangai semua jenis tepung. Fokus pada tepung gandum, tepung beras dan tepung pulut jika nak simpan lama.

2. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara

Elakkan simpan dalam plastik asal. Gunakan bekas kaca atau plastik bertutup rapat untuk elakkan kelembapan dan serangga. Labelkan dengan tarikh pembelian supaya senang dipantau.

3. Letakkan Daun Limau Purut atau Daun Salam

Selain itu, anda juga boleh meletakkan daun limau purut, salam atau bay leaf ke dalam bekas simpanan. Bau herba ini membantu menghalau bubuk secara semula jadi.

4. Masukkan Sedikit Garam Dalam Balang

Selain itu, boleh cuba trik orang dulu-dulu iaitu dengan meletakkan secubit garam dalam bekas tepung. Ia serap lembapan dan elakkan serangga daripada bersarang.

5. Simpan Di Tempat Sejuk & Kering

Letakkan bekas tepung di tempat yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung dan jauh dari kawasan sinki atau dapur memasak yang lembap.

6. Bekukan Sekejap Selepas Beli

Kalau nak lebih selamat, masukkan tepung ke dalam freezer selama 2-3 hari selepas beli. Ini bantu bunuh larva serangga halus yang kadang tak nampak mata kasar.

Sumber: The Spruce Eats

.


Catat Ulasan

0 Ulasan