Cara Buat Puding Aiskrim Simple Guna 2 Bahan, Sedapnya Cair Di Mulut!

Kadang-kadang teringin makan pencuci mulut yang sedap, tapi malas nak buat sebab renyah. Kalau begitu, apa kata jom cuba resipi puding aiskrim 2 bahan ini! Teksturnya memang gebu, lembut dan cair di mulut.




Walaupun bahan yang diperlukan sangat ringkas, rasanya tetap mewah seperti makan dekat restoran. Selain itu, pencuci mulut ini tak perlu pakai oven dan tak perlu guna banyak langkah rumit.

Puding aiskrim ini juga sangat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut semasa jamuan, potluck atau jamuan makan bersama keluarga. Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja sukatan bahan.

Tunggu apa lagi? Jom kita tengok cara nak buat puding aiskrim yang mudah ini dan cuba buat sendiri di rumah. Sekali rasa, confirm nak buat lagi berkali-kali!


CARA BUAT PUDING AISKRIM

puding aiskrim

Bahan-bahan:

  • Kristal jeli (guna jenama pilihan anda)
  • Fresh cream atau non-dairy whipping cream

Cara-cara:

  1. Masak kristal jeli mengikut sukatan dan arahan pada pek.
  2. Setelah masak, tuang jeli ke dalam bekas pilihan.
  3. Sejukkan sehingga jeli mengeras.
  4. Putar 1 cawan fresh cream sehingga teksturnya menjadi kental dan berkrim.
  5. Paipkan (piping) fresh cream di atas permukaan puding yang telah sejuk.

Sumber: Jamiah Tulisman



Catat Ulasan

0 Ulasan